Pada kuliah fiqh ta'wil yang lepas perbincangan telah sampai sehingga ayat ke 74 surah Ali Imran . Secara ringkas ayat ini becerita tentang sifat sifat kaum yahudi yang beriman di siang hari dan kemudian mereka kufur di petang hari. Mereka menjadikan agama ini sebagai senda gurau dan permainan dan mereka tidak akan beriman kecuali kepada orang yahudi dalam kalangan mereka sendiri. Sheikh Dr Solah Al Khalidi menerangkan tentang pembahagian orang orang kafir yang terbahagi kepada lima bahagian iaitu:- 1) Ahli Kitab (Nasrani dan Yahudi). 2) Orang orang munafiq. 3) Orang orang yang murtad. 4) Orang orang atheis. 5) Orang orang yang mensyirikkan Allah. ** Pada hari ini kelas bersambung kepada ayat yang baru, dengan konteks dan penceritaan yang baru. وَمِنۡ أَهۡلِ ٱلۡكِتَـٰبِ مَنۡ إِن تَأۡمَنۡهُ بِقِنطَارٍ۬ يُؤَدِّهِۦۤ إِلَيۡكَ وَمِنۡهُم مَّنۡ إِن تَأۡمَنۡهُ بِدِينَارٍ۬ لَّا يُؤَدِّهِۦۤ إِلَيۡكَ إِلَّا مَا دُمۡتَ عَلَيۡهِ قَآٮِٕمً۬اۗ " Dan di antara Ahli Kitab, a...
Antara sifat Al Quran ialah roh yang menghidupkan hati. وَكَذَٲلِكَ أَوۡحَيۡنَآ إِلَيۡكَ رُوحً۬ا مِّنۡ أَمۡرِنَاۚ مَا كُنتَ تَدۡرِى مَا ٱلۡكِتَـٰبُ وَلَا ٱلۡإِيمَـٰنُ وَلَـٰكِن جَعَلۡنَـٰهُ نُورً۬ا نَّہۡدِى بِهِۦ مَن نَّشَآءُ مِنۡ عِبَادِنَاۚ وَإِنَّكَ لَتَہۡدِىٓ إِلَىٰ صِرَٲطٍ۬ مُّسۡتَقِيمٍ۬ Dan demikianlah Kami wahyukan kepadamu (Muhammad) - Al-Quran sebagai roh yang menghidupkan hati dari perintah Kami; engkau tidak pernah mengetahui (sebelum diwahyukan kepadamu): ap akah Kitab (Al-Quran) itu dan tidak juga mengetahui apakah iman itu; akan tetapi Kami jadikan Al-Quran: cahaya yang menerangi, Kami beri petunjuk dengannya sesiapa yang Kami kehendaki di antara hamba-hamba Kami. Dan sesungguhnya engkau (wahai Muhammad) adalah memberi petunjuk dengan Al-Quran itu ke jalan yang lurus. [Al Syuraa: 42] Al Quran ialah roh yang mengalir di hati hati orang beriman yang menghidupkan kehidupan yang mulia. Setiap orang yang beriltizam dengan Al Quran ialah orang yang hidup dan jiwan...