Pada kuliah fiqh ta'wil yang lepas perbincangan telah sampai sehingga ayat ke 74 surah Ali Imran . Secara ringkas ayat ini becerita tentang sifat sifat kaum yahudi yang beriman di siang hari dan kemudian mereka kufur di petang hari. Mereka menjadikan agama ini sebagai senda gurau dan permainan dan mereka tidak akan beriman kecuali kepada orang yahudi dalam kalangan mereka sendiri. Sheikh Dr Solah Al Khalidi menerangkan tentang pembahagian orang orang kafir yang terbahagi kepada lima bahagian iaitu:- 1) Ahli Kitab (Nasrani dan Yahudi). 2) Orang orang munafiq. 3) Orang orang yang murtad. 4) Orang orang atheis. 5) Orang orang yang mensyirikkan Allah. ** Pada hari ini kelas bersambung kepada ayat yang baru, dengan konteks dan penceritaan yang baru. وَمِنۡ أَهۡلِ ٱلۡكِتَـٰبِ مَنۡ إِن تَأۡمَنۡهُ بِقِنطَارٍ۬ يُؤَدِّهِۦۤ إِلَيۡكَ وَمِنۡهُم مَّنۡ إِن تَأۡمَنۡهُ بِدِينَارٍ۬ لَّا يُؤَدِّهِۦۤ إِلَيۡكَ إِلَّا مَا دُمۡتَ عَلَيۡهِ قَآٮِٕمً۬اۗ " Dan di antara Ahli Kitab, a...