Pada kuliah fiqh ta'wil yang lepas perbincangan telah sampai sehingga ayat ke 74 surah Ali Imran.
Secara ringkas ayat ini becerita tentang sifat sifat kaum yahudi yang beriman di siang hari dan kemudian mereka kufur di petang hari.
Mereka menjadikan agama ini sebagai senda gurau dan permainan dan mereka tidak akan beriman kecuali kepada orang yahudi dalam kalangan mereka sendiri.
Sheikh Dr Solah Al Khalidi menerangkan tentang pembahagian orang orang kafir yang terbahagi kepada lima bahagian iaitu:-
1) Ahli Kitab (Nasrani dan Yahudi).
2) Orang orang munafiq.
3) Orang orang yang murtad.
4) Orang orang atheis.
5) Orang orang yang mensyirikkan Allah.
2) Orang orang munafiq.
3) Orang orang yang murtad.
4) Orang orang atheis.
5) Orang orang yang mensyirikkan Allah.
**
Pada hari ini kelas bersambung kepada ayat yang baru, dengan konteks dan penceritaan yang baru.
وَمِنۡ أَهۡلِ ٱلۡكِتَـٰبِ مَنۡ إِن تَأۡمَنۡهُ بِقِنطَارٍ۬ يُؤَدِّهِۦۤ إِلَيۡكَ وَمِنۡهُم مَّنۡ إِن تَأۡمَنۡهُ بِدِينَارٍ۬ لَّا يُؤَدِّهِۦۤ إِلَيۡكَ إِلَّا مَا دُمۡتَ عَلَيۡهِ قَآٮِٕمً۬اۗ
" Dan di antara Ahli Kitab, ada orang yang kalau engkau amanahkan dia menyimpan sejumlah besar harta sekalipun, dia akan mengembalikannya (dengan sempurna) kepadamu, dan ada pula di antara mereka yang kalau engkau amanahkan menyimpan sedinar pun, dia tidak akan mengembalikannya kepadamu kecuali kalau engkau selalu menuntutnya.''
Disebutkan sifat amanah pada sebahagian ahli kitab yang jika diberikan amanah menjaga sejumlah harta yang besar akan dipulangkan dengan sempurna kepada kita dan sebaliknya ada kalangan mereka diberikan amanah walaupun satu dinar mereka akan mengkhianatinya.
Di sini Al Quran mengajarkan kita manhaj yang tersangat agung.
Manhaj keadilan dan keinsafan dalam menilai manusia.
Setelah kita memahami dan mengenali sifat sifat tercela orang Yahudi dan kekufuran mereka kepada ayat ayat Allah, Al Quran hadir pula menceritakan tentang sifat sifat baik yang ada pada kalangan mereka dengan mengiktiraf kewujudan akhlak mulia pada diri sebahagian mereka.
Al Quran mengajar kepada kita bahawa pada diri orang orang yang kafir bukanlah kesemuanya itu buruk dan keji, tetapi ada juga sifat sifat yang baik dan terpuji.
Rasululullah SAW juga dengan mengiktiraf kebaikan yang ada pada kaumnya yang jahil dengan berkata dalam satu hadith yang diriwayatkan oleh Imam Bukhari;
'' الناس معادن، خيارهم في الجاهلية خيارهم في الإسلام إذا فقِهوا ''
'' Manusia seperti logam. Terpilihnya mereka ketika jahiliyyah terpilih juga mereka ketika Islam jika mereka memahami.''
Kebaikan mereka ketika jahiliyyah akan terus kekal selepas Islam jika mereka memahami agama ini.
** Tapi bukanlah bermakna jika kita mengiktiraf kebaikan orang orang kafir kita meredhai kekufuran aqidah mereka tetapi tujuan al quran ini ialah untuk mengajar kita berlaku adil. Selepas menyebutkan penyimpangan golongan ahli kitab, al quran menyebutkan sifat sifat yang baik sebahagian daripada mereka sebagai pengajaran buat kita.
Ayat seterusnya kembali menceritakan tentang sifat sifat ulama daripada ahli kitab yang berbohong di atas nama Allah sedangkan mereka mengetahui.
Kata Sheikh Dr Solah Al Khalidi lagi; ahli kitab pula terbahagi kepada tiga golongan:-
1) Pemimpin dan ulama mereka - mereka memerangi dan memusuhi Islam dan pada golongan ini tidak ada kebaikan pada diri mereka.
2) Golongan kebanyakan - tidak bersama orang Islam dan tidak pula menentang orang Islam.
3) Golongan sedikit - seperti mana yang disebutkan dalam ayat Al Quran ini. Ini iaitu golongan yang menjaga amanah dan memiliki sifat lain yang terpuji.
2) Golongan kebanyakan - tidak bersama orang Islam dan tidak pula menentang orang Islam.
3) Golongan sedikit - seperti mana yang disebutkan dalam ayat Al Quran ini. Ini iaitu golongan yang menjaga amanah dan memiliki sifat lain yang terpuji.
Hanya golongan pertama sahaja yang menjadi musuh.
Sedangkan golongan kedua dan ketiga tidak dimusuhi.
Sedangkan golongan kedua dan ketiga tidak dimusuhi.
Beginilah Al Quran mengajar kita agar sentiasa insaf dan adil dalam menilai setiap manusia.
**
Maka jika kita dituntut untuk berlaku adil dan insaf dalam menilai orang orang kafir, bagaimana pula jika kita bersama dengan orang orang islam dan beriman?
Tentulah lebih lebih lagi kita perlu berlaku adil dan insaf.
Wallahualam.
،درس الفقه التأويل
،شيخ الدكتور صلاح عبد الفتاح الخالدي
،22 جماد الآخر
.صويلح، عمان، الأردن
،شيخ الدكتور صلاح عبد الفتاح الخالدي
،22 جماد الآخر
.صويلح، عمان، الأردن
Ulasan
Catat Ulasan